fbpx

Dasar Privasi CaringUp

Kami mempunyai kehormatan/pandangan tertinggi terhadap privasi dan data peribadi anda dan menyedari bahawa kejayaan perkhidmatan kami bergantung pada kepercayaan anda terhadap cara kami mengendali data peribadi anda. Dengan mengamanahkan maklumat anda kepada kami, kami ingin memberikan jaminan kepada anda tentang komitmen kami untuk merahsiakan maklumat tersebut. Kami telah mengambil banyak langkah untuk melindungi kerahsiaan, keselamatan dan integriti maklumat ini. Kami menggalakkan anda untuk mengkaji maklumat berikut dengan teliti.
Istilah berhuruf besar yang digunakan dalam Dasar Privasi ini akan mempunyai maksud yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat CaringUp (CaringUp Terms and Conditions).
  1. APLIKASI
    1. Dasar Privasi ini terpakai kepada Pengguna-penguna (Users) semasa melayari, mengunjungi, mengakses dan/atau menggunakan Platfom CaringAide (CaringAide Platform).
    2. Dasar Privasi ini menyeneraikan komitmen kami dan menjelaskan hak yang anda miliki berkenaan data peribadi anda. Sekiranya anda tidak bersetuju terma-terma dalam Dasar Privasi ini, jangan menggunakan Perkhidmatan (Service) atau sebahagian daripadanya.
  2. SEBAB UNTUK PENGUMPULAN DATA
    1. Dengan melayari, mengunjungi, mengakses dan/atau menggunakan Platfom CaringAide dan/atau apabila anda membekalkan data peribadi kepada kami, anda bersetuju dengan pengumpulan, penyimpanan, penggunaan, pendedahan dan penggunaan lain dan pemprosesan data peribadi anda oleh kami berdasarkan Dasar Privasi ini, dan persetujuan tersebut akan tetap berkesan melainkan anda sebaliknya memberitahu kami secara bertulis tentang penarikan persetujuan anda dan alasannya. Anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan kami sekiranya anda tidak bersetuju dengan Dasar Privasi ini dan anda harus berhenti menggunakan Perkhidmatan kami dengan segera sekiranya anda menarik balik persetujuan anda untuk kami memproses data peribadi anda.
    2. Data peribadi” (“Personal data”) dan istilah lain yang ditakrifkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2012 (No. 26 tahun 2012) Singapura (“PDPA”) semasa digunakan dalam Dasar Privasi ini akan memiliki maksud yang sama seperti yang didefinisikan di bawah PDPA.
    3. Pemprosesan data peribadi anda adalah mustahak bagi pelaksanaan kewajipan kontrak kami terhadap anda di bawah Perjanjian dan membekalkan anda Perkhidmatan kami, untuk melindungi kepentingan sah kami, dan untuk memastikan pematuhan terhadap kewajiban peraturan perundangan dan kewangan. Kegagalan membekalkan data yang relevan kepada kami atau batasan yang dikenakan atas kami dalam pemprosesan data peribadi anda boleh menjejaskan kemampuan kami untuk menyediakan Perkhidmatan dan/atau kemampuan anda untuk menikmati faedah-faedah daripada kami.
  3. BAGAIMANA KAMI MENERIMA MAKLUMAT TENTANG ANDA?
    1. Walaupun anda mungkin menggunakan beberapa fungsi Perkhidmatan tanpa mencipta profil atau membuat pendaftaran, alat Perkhidmatan tertentu memerlukan pendaftaran dan penyediaan maklumat anda, termasuk data peribadi.
    2. Sekiranya anda menggunakan Perkhidmatan tanpa mencipta profil atau membuat pendaftaran – kami hanya akan mengumpulkan maklumat melalui penggunaan kuki (cookies), suar web, data peranti, dan pengumpulan data navigasi, serta sebarang maklumat sukarela yang anda membekalkan kepada kami, termasuk Maklumat Kesihatan (seperti yang diberikan definisi di bawah). Walaupun kami tidak dapat mengenal pasti anda secara langsung melalui data tersebut, di negara tertentu, maklumat ini masih tertakluk kepada undang-undang perlindungan data yang terpakai dan memerlukan persetujuan anda seperti yang diterangkan di bawah.
    3. Sekiranya anda memilih untuk mencipta profil atau mendaftar dengan kami – anda akan diminta untuk membekalkan data peribadi yang akan dikaitkan dengan maklumat Kesihatan anda.
    4. Apabila anda menghantar maklumat melalui Perkhidmatan kami – termasuk, tetapi tidak terhad kepada, melalui telefon atau e-mel dengan perkhidmatan pelanggan, kami mungkin mengumpulkan Maklumat Kesihatan dan data peribadi lain (sama ada kemilikan anda atau orang lain) yang anda bekalkan kami, dengan tujuan untuk membekalkan anda atau orang lain Perkhidmatan kami.
    5. Sekiranya anda memilih untuk mendaftar melalui akaun media sosial atau penyedia pengesahan lain – apabila anda mendaftar ke Perkhidmatan melalui akaun media sosial anda atau penyedia pengesahan lain (seperti akaun Google atau akaun Facebook), kami akan mempunyai akses kepada maklumat asas yang dibuat secara awam daripada akaun tersebut, seperti nama penuh, alamat rumah, alamat e-mel, tarikh lahir, gambar profil, senarai rakan, penggambaran peribadi, dan juga maklumat lain yang anda menyediakan untuk penelitian umum pada akaun tersebut, atau bersetuju untuk berkongsi bersama kami.
    6. Sekiranya anda dirujuk kepada kami oleh pihak ketiga – farmasi, penyedia perkhidmatan kesihatan atau penanggung insurans anda mungkin memperkenalkan Perkhidmatan kami kepada anda, dan dengan persetujuan anda, farmasi, penyedia perkhidmatan kesihatan atau penanggung insurans anda akan membekalkan nama dan butiran kenalan anda kepada kami untuk kami berhubung dengan anda.
    7. Ini adalah keputusan sukarela anda sama ada untuk membekalkan sebarang data peribadi atau Maklumat Kesihatan kepada kami, sekiranya anda tidak membekalkan maklumat yang kami perlu atau minta, anda mungkin tidak dapat mencipta profil atau mendaftar dengan Perkhidmatan dan penggunaan Perkhidmatan anda mungkin terhad.
    8. Untuk membolehkan kami membekalkan Perkhidmatan kami kepada anda secara efektif, maklumat yang anda bekalkan kami mestilah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan tanpa peninggalan material, dan maklumat tersebut sentiasa dikemas kini. Sekiranya anda mendapati maklumat tersebut adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan, mengandungi peninggalan material atau ketinggalan masa, sila maklumkan kami maklumat yang benar, tepat, lengkap dan maklumat yang telah dikemaskini.
    9. Sekiranya anda membekalkan data peribadi mengenai orang lain kepada kami, anda mengesah bahawa orang lain tersebut telah melantik anda untuk bertindak untuknya, untuk bersetuju kepada pemprosesan data peribadinya oleh kami berdasarkan Dasar Privasi ini dan untuk menerima sebarang notis perlindungan data bagi pihaknya.
  4. APAKAH JENIS MAKLUMAT YANG KAMI KUMPUL?
    1. Kami mengumpul maklumat peribadi yang berkaitan dengan anda seperti berikut
      1. Mencipta Profil dan maklumat Pendaftaran – anda diperlukan untuk membekal nama anda, alamat e-mel, jantina, tarikh lahir, kod zip, negara tempat tinggal, alamat rumah dan nombor telefon;
      2. Sekiranya anda merupakan seorang penyedia perkhidmatan kesihatan, anda akan diminta untuk membekal maklumat mengenai kelayakan profesional anda dan juga data peribadi tambahan semasa pendaftaran.
      3. Maklumat pembayaran – anda mungkin diperlukan untuk membekal maklumat akaun bank, maklumat kad kredit atau kad debit (sekiranya anda melanggan Perkhidmatan Langganan (Subscribed Service));
      4. Maklumat sukarela – apabila anda berhubung dengan kami (sebagai contohnya apabila anda menghantar e-mel kepada kami atau menggunakan borang “hubungi kami”) kami mengumpul data peribadi yang anda bekalkan kami.
      5. Maklumat Teknikal kami mengumpul maklumat teknikal tertentu yang direkodkan secara automatik apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, seperti alamat IP anda, lokasi anggaran peranti.
      6. Maklumat Kesihatan Peribadi – anda boleh memilih untuk menggunakan ciri-ciri Perkhidmatan tertentu yang membolehkan anda memasukkan data peribadi lain yang berkaitan dengan kesihatan anda, seperti ubat-ubatan yang anda ambil, tarikh preskripsi anda, jumlah pengisian semula yang anda telah buat, berapa kerap anda mengambil ubat, dos, ukuran fizikal, nama doktor anda, nama farmasi anda, keadaan kesihatan anda (kedua-duanya fizikal dan mental) (secara kolektif “Maklumat Kesihatan” anda).
    2. Kami juga mengumpulkan maklumat berikut:
      1. Data penggunaan Platfom CaringAide – kami mengumpul maklumat mengenai penggunaan Platfom CaringAide  anda. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada: jenis komputer atau peranti mudah alih yang anda gunakan, bahasa sistem operasi anda, pelayar Internet yang anda sedang gunakan, geolokasi dan penggunaan Platfom CaringAide.
      2. Maklumat Kesihatan – kami juga mungkin mengumpul Maklumat Kesihatan anda yang tidak dapat dikenal pasti jika anda memilih untuk membekalkannya (untuk kes pengguna tidak mendaftar).
      3. Maklumat teknikal – Platfom CaringAide juga mungkin mengakses senarai aplikasi yang terpasang pada peranti anda. Ini dilakukan hanya untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang wajar, akibat beberapa aplikasi mungkin mengganggu fungsi Platfom CaringAide, seperti menghalangi pemberitahuan, dan dalam kes seperti ini, kami akan memberitahu anda.
  5. TEKNOLOGI PENJEJAKAN – KUKI
    1. Kuki adalah sekeping teks kecil yang dihantar ke Platfom CaringAide anda atau pelayar Internet anda apabila anda mengakses Platfom CaringAide. Platfom CaringAide menyediakan kepingan teks ini kepada peranti anda apabila anda kembali kepada Platfom CaringAide. Kami menggunakan kuki untuk membantu menyesuaikan pengalaman anda dengan Platfom CaringAide.
    2. Kuki “berterusan” mungkin digunakan untuk membantu menyimpan tetapan dan penyesuaian anda. Tambahan pula, sekiranya anda log masuk ke Platfom CaringAide, kuki sebegitu itu akan digunakan untuk mengenali anda sebagai pengguna yang sah supaya anda tidak perlu log masuk setiap kali anda menggunakan Platfom CaringAide.
    3. Platfom CaringAide menerima kuki secara automatik tetapi membolehkan anda untuk mengubah tetapan keselamatan maka anda boleh dapat menerima atau menolak kuki berdasarkan asas kes demi kes atau menolak semua kuki.
    4. Anda juga bebas untuk memadam sebarang kuki yang sedia ada pada bila-bila masa. Sekiranya anda memadam atau menyahdayakan kuki daripada Platfom CaringAide, sesetengah bahagian atau fungsi Platfom CaringAide mungkin tidak akan berfungsi dengan baik untuk anda.
    5. Kami juga menggunakan “Google Analytics” untuk mengumpulkan maklumat mengenai penggunaan Perkhidmatan. Google Analytics mengumpul maklumat seperti berapa kerap pengguna mengunjungi Perkhidmatan, halaman apa yang mereka kunjungi, bila mereka melakukannya, dan laman web lain yang mereka kunjungi sebelum mengunjungi Perkhidmatan. Google Analytics hanya mengumpul alamat IP yang dibekal kepada anda pada tarikh anda menggunakan Perkhidmatan, serta maklumat mengenai sistem operasi, bahasa dan maklumat mengenai penggunaan Perkhidmatan anda, dan bukan nama anda atau maklumat pengenalan lain. Kami tidak menggabungkan maklumat yang dikumpul melalui penggunaan Google Analytics dengan data peribadi. Kami menggunakan maklumat yang kami memperoleh dari Google Analytics hanya untuk menambah baik Perkhidmatan. Keupayaan Google untuk mengguna dan mengongsi maklumat yang dikumpulkan oleh Google Analytics mengenai penggunaan Perkhidmatan anda adalah disekat oleh Syarat Penggunaan Google Analytics dan Dasar Privasi Google.
  6. BAGAIMANA KAMI MENGGUNA MAKLUMAT YANG KAMI MENGUMPUL?
    Kami mengguna maklumat anda yang dikumpulkan untuk tujuan berikut:
      1. Pembekalan Perkhidmatan – kami akan mengguna maklumat anda untuk pembekalan dan penambahbaikan Perkhidmatan kami kepada anda, dan untuk memproses permintaan dan pertanyaan anda. Sebagai contoh, data yang dikumpul secara automatik dalam Perkhidmatan boleh digunakan untuk membantu mendiagnosis masalah pelayan kami, untuk menjadikan Perkhidmatan kami lebih berguna, untuk menyesuaikannya dan memperibadikan kandungannya untuk anda (sebagai contoh, kami akan menggunakan maklumat Kesihatan anda untuk menghantar peringatan kepada anda untuk mengambil ubat anda).
      2. Pemantauan kepatuhan – kami juga mengguna data peribadi anda untuk memantau kepatuhan anda terhadap Perjanjian (Agreement) dan undang-undang lain yang terpakai.
      3. Penguatkuasaan – kami mungkin mengguna data peribadi anda untuk tujuan menguatkuasakan hak kami di bawah Perjanjian atau untuk mempertahankan diri.
      4. Komunikasi am – kami juga mengguna data peribadi anda untuk menghantar kepada anda teks, e-mel atau komunikasi lain mengenai maklumat kepatuhan umum, penyelenggaraan Perkhidmatan, kemas kini, atau perubahan kpada Dasar Privasi ini atau perjanjian lain yang berkaitan.
      5. Tujuan pemasaran – kami akan mengguna data peribadi anda (seperti alamat e-mel atau nombor telefon anda) untuk berhubung dengan anda. Kami juga boleh menghantar bahan promosi mengenai perkhidmatan kami atau perkhidmatan rakan kongsi kami (yang kami percaya mungkin menarik minat anda), termasuk tetapi tidak terhad kepada, dengan membina profil automatik berdasarkan data peribadi anda, untuk tujuan pemasaran.
        1. Pilihan untuk tidak melibatkan diri daripada penerimaan bahan pemasaran – Sekiranya anda tidak mahu kami menggunakan atau mengongsikan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran, anda boleh meminta kami untuk menghentikan pemprosesan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran dengan menggunakan maklumat di bawah “Cara Menghubungi Kami”. Harap maklum bahawa walaupun anda memlih untuk tidak melibatkan diri, kami masih boleh mengguna dan mengongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga untuk tujuan bukan pemasaran (contohnya untuk memenuhi permintaan anda, berhubung dengan anda dan membalas pertanyaan anda, dan lain-lain). Dalam kes seperti ini, organisasi yang kami mengongsikan data peribadi anda diberi kuasa untuk menggunakan data peribadi anda sekiranya diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan bukan pemasaran ini.
      6. Analisis, soal selidik dan penyelidikan – kami sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkhidmatan kami dan memikirkan ciri baru dan menarik untuk pengguna kami. Dari semasa ke semasa, kami mungkin melakukan soal selidik atau menguji ciri, dan menganalisis maklumat yang kami ada untuk mengembangkan, menilai dan menambahbaik ciri-ciri ini.
      7. Data yang dianomalikan – kami mungkin menganalisis dan menilai data peribadi anda sehubungan dengan Perkhidmatan, menganomalikan dan mengagregatkan analisis dan penilaian kami, dan memasarkan analisis dan penilaian yang anomali dan agregat sedemikian dengan cara yang kami fikirkan sesuai.
      8. Melindungi kepentingan kami – kami mungkin mengguna data peribadi anda apabila kami percaya ada keperluan untuk mengambil langkah berwaspada terhadap liabiliti, menyiasat dan membela diri daripada tuntutan atau tuduhan pihak ketiga, menyiasat dan melindungi diri daripada frod, melindungi keselamatan atau integriti Perkhidmatan kami dan melindungi hak dan harta CaringUp, pengguna dan / atau rakan kongsinya.
      9. Penguatkuasaan dasar – kami mungkin mengguna data peribadi anda untuk menguatkuasakan dasar kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada Terma-terma dan Syarat-syarat kami.
      10. Pematuhan syarat undang-undang dan peraturan – kami juga mengguna data pribadi anda yang diperlukan oleh atau untuk tujuan kepatuhan terhadap undang-undang, peraturan atau pihak berkuasa pemerintah lainnya, atau untuk mematuhi sepina atau proses undang-undang yang serupa.
      11. Penyimpanan rekod – kami akan mengumpul dan menyimpan data peribadi anda dalam urusan perniagaan biasa kami dan selagi diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini atau sebagaimana yang diperlukan oleh mana-mana undang-undang, peraturan dan/atau keperluan perakaunan.
      12. Tujuan sampingan – kami mungkin mengguna data peribadi anda untuk sebarang tujuan yang berkaitan, sampingan atau tambahan kepada mana-mana perkara di atas.
  7. DENGAN SIAPA DATA PERIBADI ANDA MUNGKIN DIKONGSIKAN?
    1. Kami boleh berkongsi data peribadi anda dengan orang berikut:
      1. Rakan kongsi penyelidikan – kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga, seperti institusi penyelidikan, sistem penjagaan kesihatan dan penyedia perkhidmatan kesihatan, di mana mereka mungkin mengaitkan dengan maklumat lain yang mereka ada mengenai anda, untuk tujuan penyelidikan dan untuk penambahbaikan perkhidmatan kami.
      2. Penyedia kandungan pihak ketiga yang diperibadikan – dari semasa ke semasa, kami juga mungkin bertanya sama ada anda ingin kami berkongsi data peribadi anda dengan organisasi lain yang mungkin ingin menghantar maklumat mengenai produk atau perkhidmatan mereka kepada anda. Sekiranya anda bersetuju untuk kami memindahkan data peribadi anda kepada organisasi lain oleh kami, harap maklum bahawa maklumat yang diberikan akan tertakluk kepada amalan privasi organisasi tersebut dan tidak berada dalam kawalan kami.
      3. Penyedia kandungan – kami juga mungkin mengguna data peribadi anda untuk memberi anda kandungan pihak ketiga yang diperibadikan atau pautan ke laman web pihak ketiga yang mungkin menarik minat anda. Kami menyediakan kandungan pihak tiga ini dan/atau pautan ke laman web pihak ketiga untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak bertanggungjawab untuk kandungan atau laman web tersebut. Untuk maklumat lebih lanjut, lihat bahagian “Pautan ke Laman Web atau Aplikasi lain” di bawah.
      4. Penyedia perkhidmatan – kami mungkin berkongsi data peribadi anda, sebagaimana yang diperlukan, dengan kontraktor-kontraktor atau perunding-perunding kami, termasuk vendor-vendor dan pembekal-pembekal yang menyediakan perkhidmatan pengembangan, teknologi (seperti Google Analytics), perkhidmatan, atau kandungan kepada kami untuk operasi, pengembangan dan penyelenggaraan Perkhidmatan kami atau data dan analisis mengenai penggunaan Perkhidmatan, yang terikat oleh kewajipan kesulitan, dengan syarat bahawa kami hanya akan berkongsi data peribadi setakat yang diperlukan dengan kontraktor atau perunding tersebut.
      5. Pihak berkuasa undang-undang – kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan pihak penguatkuasaan undang-undang, mahkamah dan tribunal, termasuk penasihat undang-undang dan perunding, sekiranya kami perlu mematuhi permintaan penguatkuasa undang-undang atau permintaan undang-undang lain atau menurut keperluan yang dikenakan undang-undang, perintah, penghakiman atau dekri, atau mahkamah untuk melindungi dan mempertahankan hak dan harta benda kami atau hak pengguna Perkhidmatan.
      6. Penggabungan, pemerolehan atau penjualan – kami mungkin memindah data peribadi anda ke organisasi lain sekiranya berlaku penggabungan, pemerolehan atau penjualan semua atau sebahagian daripada aset kami.
      7. Juruaudit, penasihat undang-undang dan penasihat profesional – kami mungkin akan berkongsi data peribadi anda dengan juruaudit kami sekiranya diminta untuk tujuan audit perniagaan kami. Kami juga mungkin berkongsi data peribadi anda dengan penasihat-penasihat undang-undang dan profesional lain kami untuk tujuan menguatkuasakan hak kami atau mempertahankan sebarang tuntutan terhadap kami, atau untuk tujuan lain yang berkaitan dengan Perkhidmatan.
      8. Perantara data – kami mungkin melantik sesuatu organisasi untuk memproses data peribadi bagi pihak kami sehubungan dengan Perkhidmatan. Dalam hal ini, kami akan berkongsi data peribadi anda kepada organisasi yang dilantik, yang akan diminta untuk memproses data peribadi anda berdasarkan Dasar Privasi ini.
      9. Syarikat kumpulan – kami mungkin akan berkongsi data peribadi anda dengan kumpulan syarikat CaringUp untuk tujuan pelaporan dalaman.
    2. Kami mungkin menawar kepada anda, dari semasa ke semasa dan mengikut budi bicara kami, penyertaan dalam program yang disesuaikan, berdasarkan kriteria yang ditentukan (“Program”). Penyertaan dalam Program mungkin memerlukan perkongsian data peribadi anda dengan pihak ketiga tambahan. Sekiranya anda memilih untuk mengambil bahagian, kami akan memberi anda maklumat tambahan dan meminta persetujuan anda untuk perkongsian tersebut.
    3. Anda boleh berkongsi maklumat berikut melalui Perkhidmatan kami:
      1. Penjaga – anda boleh menghantar jemputan kepada ahli keluarga atau rakan untuk menjadi “Penjaga” (“Guardian”) anda melalui Perkhidmatan, supaya Penjaga tersebut akan menerima amaran dan maklumat berkaitan dengan ciri yang anda pilih, seperti mengenai kepatuhan anda dengan rejim ubat anda, amaran kecemasan mengenai anomali kesihatan anda. Dengan menghantar jemputan tersebut, anda menyata bahawa anda berhak untuk menghubungi Penjaga dan anda bersetuju bahawa kami menghantar data peribadi anda (termasuk Maklumat Kesihatan) kepada Penjaga. Perkongsian data peribadi anda dengan cara ini adalah tanggungjawab anda sendiri.
      2. Pakar perubatan dan doktor – anda boleh mengguna Perkhidmatan untuk berkongsi data peribadi atau maklumat lain dengan doktor atau penyedia perkhidmatan kesihatan anda. Perkongsian sedemikian boleh diaktifkan dengan menjemput penyedia perkhidmatan kesihatan anda untuk memantau data peribadi anda, dengan menerima jemputan dari penyedia penjagaan kesihatan anda untuk memuat turun dan menggunakan Perkhidmatan, atau menggunakan tetapan Perkhidmatan untuk berkongsi maklumat anda dengan penyedia penjagaan kesihatan anda; dalam kes ini, anda bersetuju untuk kami menghantar data peribadi anda (termasuk Maklumat Kesihatan) dengan penyedia perkhidmatan kesihatan anda. Sahkan dengan penyedia perkhidmatan kesihatan anda bahawa mereka telah menghantar jemputan kepada anda untuk memuat turun Platfom CaringAide. Perkongsian maklumat anda adalah mengikut budi bicara anda dan adalah tanggungjawab anda sendiri.
      3. Farmasi – anda boleh memilih untuk berkongsi data peribadi anda dengan farmasi yang kami bekerjasama dengan, supaya kami dapat memberi peringatan kepada anda agar preskripsi anda perlu diisi semula. Sekiranya anda memilih untuk berkongsi data peribadi anda dengan cara ini, harap maklum bahawa maklumat tersebut boleh didedahkan kepada pihak farmasi dan akan tertakluk kepada amalan privasi mereka. Perkongsian maklumat anda adalah mengikut budi bicara anda dan adalah tanggungjawab anda sendiri.
    4. Walaupun kami sangat berjaga-jaga untuk memastikan kesulitan dan keselamatan data peribadi anda, apabila anda berkongsi maklumat kesihatan atau ubat anda dengan orang lain atau memberikan maklum balas mengenai masalah kesihatan, ubat-ubatan dan sebagainya, termasuk melalui laman media sosial, atau ketika anda menyertai dalam forum di Perkhidmatan, segala maklumat yang didedahkan oleh anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Anda harus berhati-hati ketika mendedahkan sebarang maklumat (termasuk data peribadi) dengan cara sedemikian, kerana anda tidak tahu sesiapa yang akan mengakses atau menggunakan maklumat tersebut dan untuk tujuan apa.
  8. PENGGUNAAN DATA AGREGAT
    Kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa data terkumpul tidak termasuk maklumat peribadi yang dapat dikenal pasti. Kami mungkin menganalisis dan/atau menggabung semua maklumat yang kami terima, termasuk Maklumat Kesihatan dan maklumat mengenai penggunaan Perkhidmatan anda, dengan maklumat dari pengguna lain untuk membuat data gabungan yang mungkin diungkapkan dan digunakan oleh kami, sekutu kami dan oleh pihak ketiga tanpa sekatan, dengan syarat komersial yang kami tentukan mengikut budi bicara kami, untuk tujuan seperti: pemasaran kandungan, tujuan penyelidikan, untuk memahami corak tingkah laku, untuk meningkatkan kepatuhan terhadap rejimen ubat, strategi pemasaran dan untuk memasuki kontrak komersial untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna kami.
  9. AKSES DAN PEMBETULAN
    Anda boleh meminta akses dan pembetulan, data peribadi anda dan mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, atau membuat pertanyaan atau aduan berkenaan dengan pemprosesan data peribadi anda, dengan menghubungi kami pada butiran hubungan yang dinyatakan dalam seksyen “Bagaimana Hubungi Kami ”di bawah.
  10. PEMINDAHAN ANTARABANGSA
    1. Anda dengan ini bersetuju bahawa kami boleh memindah data peribadi anda dari Singapura atau negara di mana Perkhidmatan ini diperolehi atau digunakan untuk tujuan yang dinyatakan dalam Klausa 6 dan 7 di atas. Sekiranya data peribadi anda dipindahkan ke luar Singapura atau negara di mana Perkhidmatan kami diperolehi atau digunakan, data peribadi tersebut akan diproses di luar Singapura atau negara tersebut mengikuti Dasar Privasi ini.
    2. Kami mungkin memindah pangkalan data kami yang mengandungi data peribadi anda sehubungan dengan pemindahan atau penjualan semua (atau sebahagian besarnya) aset perniagaan kami, atau sekiranya berlaku penggabungan, penyatuan atau transaksi serupa.
    3. Kami menyimpan Kandungan (Content) dalam awan (yang mungkin pada Amazon dan/atau MS Azure), di mana data anda boleh disimpan dan/atau disandarkan dalam mana-mana negara di mana penyedia perkhidmatan awan menyediakan perkhidmatan awan mereka. Anda dengan ini bersetuju bahawa kami boleh menyimpan data peribadi anda dalam pelayan awan kami, yang mungkin terletak di luar Singapura atau negara di mana Perkhidmatan kami diperoleh atau digunakan.
  11. PENGEKALAN
    Kami akan menyimpan data peribadi anda selama yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan kami atau seperti yang dikehendaki oleh sebarang keperluan undang-undang, peraturan dan/atau perakaunan. Kami akan menyimpan dan mengguna maklumat anda setakat diperlukan untuk mematuhi kewajiban undang-undang kami, menyelesaikan pertikaian, dan menguatkuasakan dasar kami. Tempoh penyimpanan akan ditentukan dengan mengambil kira jenis maklumat yang dikumpulkan dan tujuan maklumat tersebut dikumpul, dengan mempertimbangkan syarat-syarat yang terpakai untuk situasi tersebut dan keperluan untuk menghapuskan maklumat yang tidak dikemaskini dan maklumat yang tidak terpakai pada waktu yang paling awal yang munasabah. Tanpa penjejasan kepada perkara di atas, di mana anda tidak mengguna Perkhidmatan kami selama 1 tahun berturut-turut, kami akan memadamkan semua Maklumat Kesihatan anda daripada rekod kami.
  12. PAUTAN KE LAMAN WEB ATAU APLIKASI LAIN
    Perkhidmatan kami mungkin menghubungkan atau merujuk kepada laman web atau perkhidmatan peranti mudah alih yang kami tidak kendalikan. Segala data peribadi yang anda bekalkan pada halaman yang dipautkan adalah diberikan terus kepada pihak ketiga ini dan adalah tertakluk kepada dasar privasi penyedia pihak ketiga ini. Dasar Privasi ini tidak terpakai untuk laman web lain atau perkhidmatan peranti mudah alih lain, dan kami tidak bertanggung jawab atas amalan privasi atau kandungan mana-mana laman web atau perkhidmatan peranti mudah alih yang tidak kami kendalikan. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, kami menggesa anda untuk mengkaji syarat-syarat laman web atau perkhidmatan peranti mudah alih tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai polisi semasa mereka..
  13. BAGAIMANA KAMI MELINDUNGI MAKLUMAT ANDA
    1. Kami telah melaksanakan perlindungan pentadbiran, teknikal, dan fizikal untuk membantu mencegah akses, penggunaan, atau pendedahan data peribadi anda yang tidah sah. Maklumat anda disimpan dalam pelayan yang selamat dan tidak tersedia untuk penelitian umum. Kami mengehadkan akses maklumat anda hanya kepada pekerja atau rakan kongsi yang perlu mengetahui maklumat tersebut untuk membolehkan pelaksanaan perjanjian antara kami.
    2. Anda perlu membantu kami mencegah akses secara tidak sah ke akaun anda dengan melindungi kata laluan anda dengan sewajarnya dan mengehadkan akses ke akaun anda (sebagai contohnya, dengan melog keluar setelah anda selesai mengakses akaun anda). Anda akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memastikan kata laluan anda sulit dan untuk semua penggunaan kata laluan anda dan akaun anda, termasuk penggunaan yang tidak dibenarkan.
    3. Walaupun kami berusaha untuk melindungi maklumat anda untuk memastikan maklumat itu disulitkan, kami sama sekali tidak dapat menjamin keselamatannya. Anda harus sedar bahawa selalu ada sesetengah risiko yang terlibat dalam penghantaran maklumat melalui internet. Walaupun kami berusaha untuk melindungi data peribadi anda, kami tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan dan privasi data peribadi anda atau kandungan lain yang anda hantar menggunakan Perkhidmatan, dan anda melakukannya atas risiko anda sendiri.
  14. KANAK-KANAK
    Perkhidmatan kami berniat untuk digunakan oleh orang yang berumur 18 tahun dan ke atas. Dalam apa-apa keadaan pun Perkhidmatan ini tidak harus digunakan oleh kanak-kanak di bawah usia 18 tahun, dan kami tidak akan secara sengaja mengumpulkan data peribadi daripada orang yang kami tahu berada dalam kumpulan usia ini. Sekiranya ada orang yang mengetahui bahawa anaknya telah menggunakan Perkhidmatan tanpa persetujuannya, atau seseorang telah menggunakan Perkhidmatan untuk atau atas nama anaknya tanpa persetujuannya, sila hubungi kami menggunakan maklumat yang terletak di bawah “Cara Untuk Menghubungi Kami” dan kami akan mengambil langkah wajar untuk memadam maklumat anak tersebut daripada pangkalan data aktif kami. Kami berhak untuk memeriksa pangkalan pengguna kami dari semasa ke semasa dan membuang pengguna yang kami mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa mereka sebenarnya adalah kanak di bawah umur, termasuk tanpa had, menyekat akaun pengguna tersebut, atau memadamnya, yang mana kami anggap sesuai.
  15. MODIFIKASI DASAR PRIVASI INI
    Kami berhak untuk mengemas kini atau mengubah Dasar Privasi ini pada sebarang masa dan dari semasa ke semasa. Dengan terus menggunakan Perkhidmatan setelah ada perubahan tersebut, anda bersetuju untuk mengikuti dan diikat dengan Dasar Privasi ini seperti yang telah diubah. Atas sebab-sebab ini, kami menggalakkan anda untuk secara berkala mengkaji semula Dasar Privasi ini untuk versi terbaru.
  16. CARA MENGHUBUNGI KAMI

    SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN, KOMEN, PERMINTAAN, ATAU KEBIMBANGAN YANG BERKAITAN DENGAN DASAR PRIVASI INI ATAU AMALAN PRIVASI UNTUK PERKHIDMATAN KAMI, SILA HUBUNGI KAMI DI:

    CARINGUP PTE. LTD.
    ATTN: Chief Data Protection Officer
    7 Temasek Boulevard, #12-07 Suntec Tower One, Singapore 038987
    support@caringup.com

    Anda juga boleh menghubungi pasukan Perlindungan Data kami: dataprotection@caringup.com

  17. VERSI ENGLISH DAN VERSI BAHASA MALAYSIA
    Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris Dasar Privasi dengan versi Bahasa Malaysia Dasar Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diberikan keutamaan.